SHISHA




***kajian terbaru mendapati individu yang menghisap paip shisha bakal mendapat kesihatan yang buruk sama seperti mereka yang merokok. kumpulan pengkaji mendedahkan bahawa golongan yang menghisap shisha atau tembakau herba bakal menderita disebabkan kadar karbon monoksida yang tinggi. setiap sesi menghisap shisha boleh menyebabkan kadar kandungan karbon monoksida yang disedut ke dalam badan menjadi empat dan lima kali ganda lebih tinggi daripada menghisap sebatang rokok. kadar kandungan karbon monoksida yang tinggi boleh merosakkan otak atau membuatkan seseorang tidak sedar diri. kajian turut mendapati penghisap shisha mempunyai antara 40 hingga 70 partikel per juta (ppm) karbon monoksida dalam pernafasan yang sebenarnya boleh menjejaskan 8 hingga 12 peratus darah.

***Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam. air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok. Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.


Mitos: Shisha menghasilkan nikotin lebih sedikit dibandingkan rokok biasa.
Fakta: Penelitian di atas membuktikan, shisha maupun rokok biasa menghasilkan nikotin dalam kadar yang kurang lebih sama. Kalaupun ada perbedaan, itu tergantung pada tembakaunya dan biasanya shisha justru menggunakan tembakau terbaik dengan kadar nikotin lebih tinggi.

Mitos: Asap yang lebih tipis menunjukkan kadar racun pada shisha lebih kecil.
Fakta: Asap yang tipis pada shisha disebabkan oleh kelembaban yang tinggi, karena adanya air. Kadar racun tidak terpengaruh oleh ketebalan asap.

Mitos:
Air di dasar shisha berfungsi sebagai filter racun.
Fakta: Dalam jumlah sangat kecil, memang ada racun yang terjebak dalam air. Tetapi jumlahnya tidak signifikan untuk menekan risiko kesehatan yang bisa muncul.

Mitos: Tembakau dengan rasa buah-buahan yang sering digunakan dengan shisha memberi manfaat bagi kesehatan.
Fakta: Fungsi bahan perasa yang digunakan hanya untuk aroma, sedikitpun tidak memberi manfaat bagi kesehatan.



"Islam sebagai agama sejahtera, agama yang sangat menghargai nyawa dan mementingkan kesihatan, keafiatan, kecergasan dan kekuatan bagi beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala, telah menyediakan kawalan-kawalan yang boleh menjamin dan memelihara semua itu melalui hukum halal haramnya. Ia telah menetapkan satu kaedah menolak mudarat. Jika suatu benda itu nyata mendatangkan mudarat, kerosakan dan kebinasaan, maka memakan termasuk menghisapnya dihukumkan haram".