kasut tumit tinggi jejas kesihatan .

Wanita dan dunia fesyen tidak dapat dipisahkan

* memberikan tekanan pada lutut dan kajian

* seorang wanita yang mengenakan sepatu tumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.

*Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi.

*Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.


*Bagi mengelakkan mengalami penyakit itu, wanita disarankan supaya memakai sepatu dengan tumit tidak melebihi 2 cm dan tempoh pemakaiannya tidak melebihi tiga jam secara berterusan.

* ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak.

*Gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut betumit setinggi 12.7 cm memberi kesan kepada organ dalamam dan kesuburan wanita.

*Lebih mengejutkan apabila sesetengah reka bentuk terbaru kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku keranan kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah ‘perut buncit’.

*Keadaan ini memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Dan ia turut memberi kesan pada leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut.

*pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian atas tubuh badan.

*Selain kasut tumit tinggi, pemakaian tas tangan juga boleh menjejaskan kesihatan terutama yang besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang.

*Kajian pakar tulang mendapati barangan yang banyak di dalam tas tangan akan memberikan tekanan pada tulang bahu sekali gus menyakitkan otot pada satu sisi badan.

*Lebih serius tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu.

*untuk mengatasinya , anda boleh cuba menggunakan beg seimbang pada kedua-dua belah bahu.

*Jika anda masih enggan menukar kepada beg gaya sandang itu, cuba gilirkan letak tali beg sandang bagi mengurangkan kesakitan otot pada hanya sebelah bahu.

* usahakan untuk berdiri tegak ketika menyandang tas tangan dan sesekali rehatkan bahu anda dengan cara meletakkan beg di bawah jika ada kesempatan.